ALUMNI EX-PENGAWAS SKMP

"Kepada semua ex pengawas SKMP, sila emailkan maklumat diri anda ke adie.mohd@gmail.com seperti nama, jawatan pengawas, upsr tahun bila, alamat tetap, tempat belajar/bekerja sekarang, alamat email, blog klu ade & no tel utk dihubungi....t.kasih atas kerjasama kalian".

Wajah Ceria Pengawas SKMP 2010

Rabu, Februari 17, 2010

KELAB CEGAH JENAYAH PERINGKAT SEKOLAH RENDAH



KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan kelab pencegahan jenayah pada peringkat sekolah rendah bagi menyemai budaya antijenayah di peringkat kanak-kanak.

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata setakat ini, sebanyak 70 peratus iaitu 3,000 sekolah menengah di seluruh negara sudah menubuhkan kelab itu dan usaha akan terus dipergiatkan dengan kerjasama daripada pihak guru pada tahun ini.

"Kalau kita nak semaikan budaya antijenayah, kita harus mulakan dengan generasi muda. "Justeru, kita akan memohon kebenaran pihak kementerian supaya kelab ini dapat diwujudkan pada peringkat sekolah rendah selain menggiatkan usaha menambah bilangan penyertaan sekolah menengah," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Lee berkata, pihaknya mempelawa badan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama melaksanakan program pencegahan jenayah dalam kelompok lebih kecil supaya kesedaran mengenainya menyentuh pelbagai peringkat.

"Kita bersedia membimbing NGO termasuk persatuan penduduk, persatuan perniagaan atau kebudayaan yang ingin mengadakan program dan kita boleh membantu dari segi memberikan maklumat dan garis panduan mengenai pencegahan jenayah.

"Selain itu, kita juga akan aktifkan MCPF peringkat negeri supaya lebih banyak program di kawasan daerah dapat dilaksanakan," katanya. Beliau juga berharap pihak polis dapat meningkatkan usaha memerangi jenayah terutamanya jenayah jalanan yang semakin ber-leluasa. "Perlu ada suntikan baru dalam usaha dalam memerangi jenayah termasuk dengan membabitkan orang ramai.

"Kita akan lebih aktif membantu pihak polis untuk mencapai NKRA (Bidang Keberhasilan Utama) mengurangkan jenayah jalanan di negara ini sebanyak 20 peratus," katanya. Katanya, NGO yang berminat untuk bekerjasama dalam penganjuran program pencegahan jenayah boleh menghubungi MCPF di talian 03-22601954.
Source: Utusan Online 2.1.2010

Ahad, Februari 14, 2010

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2010

SABTU, 6 Februari 2010 - Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Melaka Pindah, Alor Gajah dengan kerjasama Badan Disiplin dan Pengawas telah mengadakan program Kursus Kepimpinan Pengawas 2010 bertempat di Dewan Sementara SK Melaka Pindah. 

        Kursus Kepimpinan ini yang disertai oleh semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2010 telah berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan aspirasi tinggi dalam jiwa dan minda perserta. Di samping membina keyakinan diri dan kekuatan diri peserta, program ini juga diharapkan dapat membangunkan kelima-lima aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara seimbang dan harmonis.
               Slot ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) sepanjang kursus telah disampaikan oleh En. Shaudin bin Jalil, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Bukit Ramai dengan kerjasama para guru bertugas. Slot pertama diisi dengan ceramah bertajuk "Komunikasi Berkesan" manakala slot kedua diisi dengan LDK bertemakan "Kepimpinan Cemerlang".

                Pihak Jawatankuasa Pelaksana Program mengucapkan setingg-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sekian, terima kasih.

Pendaftaran peserta bermula jam 7.30 pagi.

 
Peserta berbaris sebelum memasuki dewan kursus.


 
Peserta berdiri mengalu-alukan kedatangan Penceramah.


 
Adik Muhammad Taufiq (Ketua Pengawas) mengacarakan majlis.

 
 
Adib Muhammad Adib (Pen. Ketua Pengawas) memimpin bacaan doa.


 
Para peserta memohon doa keberkatan majlis.


 
Penceramah En. Shaudin bin Jalil menyampaikan slot.


 
Para peserta seronok mengikuti aktiviti.
 

Related Posts with Thumbnails