ALUMNI EX-PENGAWAS SKMP

"Kepada semua ex pengawas SKMP, sila emailkan maklumat diri anda ke adie.mohd@gmail.com seperti nama, jawatan pengawas, upsr tahun bila, alamat tetap, tempat belajar/bekerja sekarang, alamat email, blog klu ade & no tel utk dihubungi....t.kasih atas kerjasama kalian".

Wajah Ceria Pengawas SKMP 2010

Jumaat, Februari 12, 2010

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2010

ISNIN, 18 Januari 2010 - Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas sesi persekolahan 2010 telah dijalankan dengan jayanya.

            Majlis yang diadakan pada setiap awal tahun ini telah disaksikan lebih 400 warga SKMP 2010 termasuk guru yang telah disempurnakan oleh Pegawai Polis IPD Daerah Alor Gajah. En. Rushdan bin Abu Hasan, guru bertugas pada minggu ini telah mengacarakan majlis dengan penuh protokol.

Pada sesi persekolahan 2010, seramai 19 pengawas lelaki dan 24 pengawas perempuan telah dilantik untuk membantu guru dalam mengawasi murid, mengawal dan memastikan suasana sekolah sentiasa aman dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Adik Muhammad Taufiq bin Alias dari Tahun 6 Inovatif telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Tahun 2010 merangkap Ketua Murid 2010. Manakala adik Muhammad Adib bin Mohd Nor Amran dan adik Ummu Ubeidah bt Suleiman juga dari Tahun 6 Inovatif dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas 2010.

            Bacaan ikrar pengawas yang dipimpin oleh Ketua Pengawas 2010 telah disempurnakan dengan lancar dan memberikan seribu makna buat para pengawas dalam menggalas tanggungjawab besar yang diamanahkan. En. Safie bin Jaafar, Guru Besar SKMP dalam ucapannya kepada seluruh warga SKMP terutama para guru amat berharap agar barisan pengawas pada tahun ini dibimbing dan diberi motivasi berterusan agar mereka dapat melaksanakan tugas yang ditaklifkan dengan cemerlang. Para pengawas juga dipesan agar sentiasa memperbaiki disiplin diri agar menjadi contoh kepada murid-murid lain dalam usaha mencapai visi "Sekolah Unggul Penjana Generasi Cemerlang".

 En. Rushdan bin Abu Hasan mengacara majlis.

 
Murid khusyuk mendengar ucapan pengacara majlis.


Murid-murid dan para pengawas bersedia menyanyikan lagu rasmi perhimpunan.

  
Tuan Guru Besar sedang memberikan ucapan.

  
Wakil PIBG memberikan ucapan.

 Pegawai Polis IPD Alor Gajah memberikan ucapan.

  
Para pengawas bersedia menerima watikah pelantikan.

 Ketua Pengawas 2010 mengetuai senarai penerima watikah.

 Bacaan ikrar para pengawas.

 Tuan Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Tuan Pegawai Polis.

 Panorama sepanjang majlis. 

 
Barisan pengawas 2010. 
Selamat menjalankan tugas!


1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails