ALUMNI EX-PENGAWAS SKMP

"Kepada semua ex pengawas SKMP, sila emailkan maklumat diri anda ke adie.mohd@gmail.com seperti nama, jawatan pengawas, upsr tahun bila, alamat tetap, tempat belajar/bekerja sekarang, alamat email, blog klu ade & no tel utk dihubungi....t.kasih atas kerjasama kalian".

Wajah Ceria Pengawas SKMP 2010

Ahad, Februari 14, 2010

REKOD PERGERAKAN PELAJAR ELAK PONTENG KELAS

Oleh: Maiamalina
Source: Harian Metro 11.2.2010

PETALING JAYA: Aktiviti pelajar di sekolah lebih mudah dipantau ibu bapa dan guru apabila Kad Pintar Pelajar 1Malaysia diperkenalkan yang berciri 'semua dalam satu' iaitu sebagai rekod kehadiran, kad identiti, belian dan pinjaman buku.

Kad yang menerapkan aplikasi teknologi 'biometrics' dan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) itu mensasarkan penggunaan di hampir 10,000 sekolah kerajaan di seluruh negara secara berperingkat dengan lebih 50 sekolah dipilih sebagai perintis.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, RCG Holdings Limited (RCG), Datuk Lee Boon Han, berkata pihaknya sudah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Pelajaran mengenai penggunaan teknologi itu di sekolah rendah dan menengah beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya belum ada sebarang keputusan dibuat berikutan kedua-dua pihak masih meneliti keberkesanan penggunaan kad pintar sebagai alat memantau aktiviti sosial murid di sekolah selain perlu melalui proses tertentu.

"Kita sudah ada teknologi ini dan hanya menunggu lampu hijau daripada kementerian untuk aplikasikan di sekolah seluruh negara, dimulai sekolah perintis kemungkinan besar sekitar Lembah Klang sebelum ke tempat lain.

"Proses ini bukanlah dapat disempurnakan dalam tempoh singkat tapi kita berusaha sedaya upaya, namun keputusan sepenuhnya sama ada projek boleh dijalankan atau tidak bergantung kepada kementerian yang menentukannya.

"Apapun, sekiranya semua pihak bersetuju, kita boleh memulakan kerja pemasangan dan penerangan menyeluruh sebelum hujung tahun ini manakala, sistem siap sepenuhnya serta diguna pakai tahun depan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara RCG yang juga subsidiari penuh Towards Soft Technology Sdn Bhd dengan iCES (M) Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Syed Mansor Syed Ahmed. Hadir sama, Pengerusi Kehormat yang juga Penasihat iCES, Datuk Syed Ahmed Malik dan Pengarah Kehormat RCG, Datuk Seri Mohd Azumi Mohamed.

Ditanya mengenai kos penggunaan kad pintar, Lee menjelaskan ia belum diputuskan, namun yakin jumlah dikenakan tidak akan membebankan semua pihak sama ada sekolah mahupun ibu bapa.

Jumaat, Februari 12, 2010

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2010

ISNIN, 18 Januari 2010 - Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas sesi persekolahan 2010 telah dijalankan dengan jayanya.

            Majlis yang diadakan pada setiap awal tahun ini telah disaksikan lebih 400 warga SKMP 2010 termasuk guru yang telah disempurnakan oleh Pegawai Polis IPD Daerah Alor Gajah. En. Rushdan bin Abu Hasan, guru bertugas pada minggu ini telah mengacarakan majlis dengan penuh protokol.

Pada sesi persekolahan 2010, seramai 19 pengawas lelaki dan 24 pengawas perempuan telah dilantik untuk membantu guru dalam mengawasi murid, mengawal dan memastikan suasana sekolah sentiasa aman dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Adik Muhammad Taufiq bin Alias dari Tahun 6 Inovatif telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Tahun 2010 merangkap Ketua Murid 2010. Manakala adik Muhammad Adib bin Mohd Nor Amran dan adik Ummu Ubeidah bt Suleiman juga dari Tahun 6 Inovatif dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas 2010.

            Bacaan ikrar pengawas yang dipimpin oleh Ketua Pengawas 2010 telah disempurnakan dengan lancar dan memberikan seribu makna buat para pengawas dalam menggalas tanggungjawab besar yang diamanahkan. En. Safie bin Jaafar, Guru Besar SKMP dalam ucapannya kepada seluruh warga SKMP terutama para guru amat berharap agar barisan pengawas pada tahun ini dibimbing dan diberi motivasi berterusan agar mereka dapat melaksanakan tugas yang ditaklifkan dengan cemerlang. Para pengawas juga dipesan agar sentiasa memperbaiki disiplin diri agar menjadi contoh kepada murid-murid lain dalam usaha mencapai visi "Sekolah Unggul Penjana Generasi Cemerlang".

 En. Rushdan bin Abu Hasan mengacara majlis.

 
Murid khusyuk mendengar ucapan pengacara majlis.


Murid-murid dan para pengawas bersedia menyanyikan lagu rasmi perhimpunan.

  
Tuan Guru Besar sedang memberikan ucapan.

  
Wakil PIBG memberikan ucapan.

 Pegawai Polis IPD Alor Gajah memberikan ucapan.

  
Para pengawas bersedia menerima watikah pelantikan.

 Ketua Pengawas 2010 mengetuai senarai penerima watikah.

 Bacaan ikrar para pengawas.

 Tuan Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Tuan Pegawai Polis.

 Panorama sepanjang majlis. 

 
Barisan pengawas 2010. 
Selamat menjalankan tugas!


Related Posts with Thumbnails